Kerabu Telur







Lynn suka sangat kerabu.. ttiba ternampak resipi ni kat internet. Balik rumah terus buat :) 

Bahan2:

  • 2-3 biji telur
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 - 6 biji cili padi
  • 1 genggam pucuk kesom
  • 4 - 5 biji limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasaa
  • 2 biji cili merah*
  • 4 biji cili padi*
  • 1 ulas bawang putih*
*ditumbuk halus



Cara2:
  1. Telur didadar satu persatu, kemudian gulung dan hiris, tomato, dibuang biji, dan hiris halus, bunga kantan dihiris halus, bawang besar dihiris halus, cili padi dihiris kecil begitu juga dengan pucuk kesum. Satukan semuanya dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam no 1 dan gaul rata2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Perahkan jus limau kasturi secukupnya. Seimbangkan rasa, mesti ada rasa, masin, manis, masam dan pedas.
  3. Hidangkan segera bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam2, jika suka.....