Mini Burger with Sambal Bilis





Today i feel like eating mini burger malaysia but in a version of mine. Kuih ni sangat femes masa lin kecik2 dulu.. Teringat time gi sekolah petang, mesti beli 2/3 biji.. This how its look like, i mean the actual 'kuih'. 


Source From Internet
Ok now for my version, i normally cooked for a person. I love this recipe. X-specially the sambal. Enjoy!

Bahan2 buat Sambal
  • Ikan Bilis (digoreng garing)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 packet splenda sugar
  • 3/4 cawan air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit belacan (*optional)
  • Garam secukup rasa.
Cara2: 
  1. Blend/Tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Panaskan kuali, tumis bahan2 blend sehingga naik bau
  3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Tambah air sedikit sekiranya sedikit masam.
  6. Tambah bahan perasa (garam/gula splenda).
  7. Biarkan sambal sejuk seketika, kemudian gaulkan bersama ikan bilis yang siap digoreng garing.
Bahan2 Burger:
  • 6 sudu besar flaxseed (di grind)
  • 1 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 packet splenda sugar
  • 1 tsp vanilla essence
  • 3 sudu besar butter
  • 3/4 cawan air.
Cara2:
  1. Gaul kesemua bahan2 sehingga menjadi sedikit likat.
  2. Panaskan oven sebelum bakar (180 degrees) selama 20 minit.
  3. Masukkan bancuhan di dalam muffin pan separa penuh.
  4. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan kepanasan yang sama.
  5. Biarkan sejuk seketika kemudian belah di bahagian tengah dan isi kan sambal ikan bilis dan juga timun seperti gambar rajah di bawah.
  6. Sedia untuk di hidang.

Source From Internet
Total Carbs: (Satu bancuhan burger=<3g)
                  (Semangkuk Sambal =<4g)

Total Carbs untuk 6 biji burger (<6-7g)