Roti Jala & Kari Ayam Atkins



Ok this idea datang tetiba je. Lin rasa terpanggil nak explore macam mana nak buat roti jala ala atkins. Well, actually lin buat roti tu drp bancuhan pancakes but lin modify sikit supaya rasa masin sikit. Its does not taste mcm roti sangat tapi its not bad after all bile garing. Bila makan ngan kari ayam memang sangat sedap. :) Bancuhan yang lin buat ni boleh dapat dalam 5-6 keping roti jala bersiaz sederhana. Ubi kentang tu lin x makan, bagi orang lain yang boleh makan. Hehe.. but apa2 pun ikut creativity masing2 k~!


Bahan2 untuk Buat Roti:
  • 1 ketul Tauhu Petak
  • 1 biji Telur
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu mentega (rasa lemak2 sikit)
  • Kunyit untuk perwarna (*optional)

Cara2 Buat Roti Jala:
  1. Blend bahan2 sehingga menjadi sedikit pekat sesuai untuk menjala.
  2. Sekiranya bancuhan kurang pekat, masuk kan cream cheese dalam sesudu.
  3. Letakkan sedikit minyak di atas non stick pan dan menjala seperti biasa.
  4. Biar sedikit garing.


Bahan2 untuk Buat Kari:
  • 800 gm ayam potong bentuk cube
  • 1/2 cawan susu cair/susu full cream/santan
  • 1 1/2 tbsp cili boh
  • 3 tbsp rempah kari Baba's
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secawan
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Sayur bendi/cendawan tiram/apa saja jenis sayur yang sesuai

Cara2 Masak Kari:
  1. Tumis bahan2 yang dihighlight color "oren" sehingga terbit bau.
  2. Sekalikan cili boh, rempah kari, asam jawa dalam satu bekas. Gaul sehingga rata bersama sedikit air.
  3. Masukkan bahan2 pes tadi sehingga rempah pecah minyak.
  4. Masukkan air, isi ayam  dan garam secukup rasa.
  5. Apabila isi ayam hampir empuk, masukkan susu/santan.
  6. Masukkan sayur2 yang disukai
  7. Biarkan mendidih seketika
  8. Sedia dihidang bersama roti jala.
Total Carb Roti:(<4g)
Total Carb Kari:(4g)
Total Carb: (8g)