Laksa Penang with Shirataki Noodles

Salam to all,

Just want to upload, what I had yesterday during breaking my fast. Love this recipe, finally I could enjoy something taste like noodles. Alhamdullillah~! Kudos to Kelab Atkins Buddies who introduce shirataki noodles to me. Well here's the recipe..



Bahan2 kuah:
           



  • 4/5 ekor ikan kembung
  • 1/2 labu bawang besar              
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • 1 paket shirataki noodles (dibasuh dan direbus sehingga hilang bau hanyir)             


  • Bahan2 sampingan:              



  • Telur rebus             
  • Cili merah/Cili Hijau - dihiris                            
  • Bawang besar - dihiris
  • Daun Pudina             
  • Cili padi - dihiris                            
  • Timun -dihiris              
  • Limau kasturi - dibelah dua
  • Daun salad - dihiris 



  • Cara2:
    1. Mula2 rebus ikan bersama asam keping dengan sedikit garam.
    2. Ikan yang telah direbus diasingkan tulang dan isi, kemudian di kisar isinya terlebih dahulu sampai hancur dengan menggunakan air rebusan ikan tadi, ketepikan .. kemudian kisar tulang pula dengan menggunakan air rebusan yang sama. Tapis rebusan tulang itu dan letak di tepi.
    3. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia bersama cili giling dan campur bersama tulang ikan yang dikisar dan ditapis tadi.
    4. Panaskan periuk yang mengandungi air rebusan ikan tadi bersama bahan2 yang sudah dikisar.
    5. Masukkan belacan, asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
    6. Masak dengan api yang perlahan dan biarkan dia mendidih.
    7. Masuk isi ikan yang di kisar, masuk garam secukup rasa dan kacau dan tunggu sehingga mendidih lagi.
    8. Sedia untuk dihidang.